|
5hb Mei 2015 - 8 hb Mei 2015. Kami tidak menjangkakan yang kami akan pergi bercuti ke VietNam! Sangat teruja untuk mengetahui keadaan bandar Ho Chi Minh ini. Kota yang memang terkenal dengan orang - orangnya yang sangat rajin berusaha berniaga untuk menyara hidup sehari - hari. |
 |
Ini guide kami, sepupu suami saya, Hj Masrin dan Isterinya, Aisah. |
 |
OPSSS! Sebetulnya kami group travelling seramai 20 orang! Ini semua saudara2 kami. |
Sebetulnya kami 'Group Travelling' seramai 20 orang. Kami tidak sabar hendak sampai hotel pada masa itu, Sepupu hubby saya tengah sibuk menguruskan bas untuk sampai ke hotel kami dan yang lainnya ambil kesempatan untuk membeli simcard yang ada booth di airport Tan Son Nhat. Perjalanan dari Brunei ke Ho Chi Minh City mengambil masa dalam 1 jam 30 minit ke 2 jam.
 |
Tidak lama kemudian. kami pun bertolak dari airpot menaiki bas dengan 1 van Vinasun |
 |
Inilah dia Ho Chi Minh City! |
 |
Kenderaan paling banyak adalah motor |
 |
Video dalam perjalanan menuju ke hotel kami. Perjalanan dari airport ke hotel dalam masa 30 minit. |
 |
Salah satu restoran halal |
Sampai sahaja, kami pun terlihat restoran halal yang ada betul - betul depan pintu hotel kami. Oh! kami menginap di Thanh Thu Hotel, semalam BND $30+ bilik standard double
Kedai baju depan kami hotel
 |
Suasana di luar hotel kami |
Wang yang digunakan ialah Dong, pertukaran matawang Brunei $1 - 15, 100 Vietnamese Dong. untuk makluman juga, di Vietnam ini boleh guna Ringgit Malaysia, tapi kalau kita kekurangan wang dan hendak menukar, kenalah bawa wang Singapore kerana matawang Singapore lebih mahal berbanding matawang Brunei walaupun nilai matawang Brunei dan Singapore sama!
SGD 1 - RM 2.69
SGD 1 - VND 16, 100
HARI PERTAMA SHOPPING - POPULAR DENGAN PASAR BENH TANH
 |
Benh Tanh Market |
 |
Si hubby menawarkan harga seluar jeans |
 |
Menggugat iman... cantik betul kain - kain itu. |
Orang Brunei, Singapore, Malaysia dan Indonesia pasti tidak akan ketinggalan untuk pergi ke Pasar Benh Tanh ini. Pasar ini terletak tidak jauh dari hotel kami, tidak perlu naik teksi! Jalan kaki saja pun, tidak sampai 5 minit! Barang - barang yang dijual antaranya adalah kain cotton, lace, baju T. seluar jeans, kasut, selipar dan setentunya popular dengan Vietnamese Coffee. Bermacam - macam perisa kopi ada.Memang agak murah pakaian yang di jual disana, kalau anda betul - betul berani menawarkan harga yang rendah dan memang suka barang harga murah, kenalah tebalkan muka, hehehe. Saya pun lupa harga kain tu sepasang, mungkin RM100+. lepas ditawarkan harga yang rendah, kami beli satu pasang kain RM70. Memang dunia shopping untuk para wanita, pheewww.. Inipun baru sehari saya beli 4 pasang kain.. Lepas dapat saja apa yang dibeli, perut pula terasa begitu lapar, memandangkan cuacanya panas. Kami pun singgah ke sebuah restoran Hjh Basiroh.
Di Vietnam ini memang terkenal dengan makanan yang dipanggil Pho Bo (Fe Be), iaitu Beef Noodles Soup dan Vietnamese Spring Rolls..SEDAAAP!
 |
Pho bo / Pho daging |
 |
Vietnamese Spring Rolls / Popia Basah |
Suami saya memang tekak melayu! Inilah yang suami saya order. Jangan risau, disini memang ada roti canai, nasi goreng dan macam - macam lagi masakan melayu yang terdapat dalam menu di restoran ini.
 |
Kari Ayam |
 |
Terung Sambal |
 |
Ambbbooiii |
 |
Tidak ketinggalan membeli Kopi Susu Ais, TERBAAIIIKK!
|
PASAR MALAM BENH TANH
Sebenarnya, tidak ada beza pun dengan yang siang tadi. cuma mereka berpindah keluar untuk memeriahkaan lagi suasana malam itu. Harga Barang pun lebih kurang juga. Beroperasi dari jam 6 petang hingga 12 tengah malam. Cuma kenalah berhati - hati sebab, motor - motor akan lalu dijalan yang tengah - tengah itu. Meriah sangat, kita akan dengar bunyi seperti hon, kakak - kakak yang berniaga akan panggil kita " tengok lulu (dulu) kakak, murah - murah". Suami saya memang minat dengan baju T, dia pun beli sepasang dua. Lepas penat shopping, saya ajak suami saya balik hotel, sebab hendak rehat lebih awal kerana esoknya kami akan pergi kesatu tempat kedai jual kain berbundle.
 |
Beg luggage untuk dijual di Pasar Malam Benh Tanh. |
Dalam perjalanan balik ke hotel kami, terlihat telkung yang dibuat daripada kain lycra! Jadi, saya pun beli.1 pasang RM 35, 3 pasang dapat RM 100.
HARI KEDUA SHOPPING - CHINA TOWN
Sebelum bertolak, sudah tentu mengalas perut terlebih dahulu. Kami bersarapan di Restoran Kampung Melayu. Masa tu, kedai makan Hjh Basiroh belum buka lagi. Kata suami saya, kenapa tak cuba makan di restauran lain pulak? Kan rugi! Haaa! Ini gambar kedai - kedai makan yang ada di HCM ini. Saya pun cubalah Nasi Goreng Ayam BBQ. SEDAAPPP! Sementara bas belum sampai, kita bedal leeerr.
Tanpa membuang masa kamipun bertolak. Setentunya bersama guide kami orang Vietnam, popular dengan panggilan Tomok Vietnam.


 |
Yang inilah guide kami, Tomok Vietnam. |
Kami dinasihatkan supaya berada diluar lorong kedai. Disini memang tercemar betul udaranya oleh habuk - habuk kain. Lemas! Haaa! Inilah dia kedai kain yang mesti kita beli berbundle. Tidak boleh 1 pasang saja, kenalah berpakat / kongsi dengan kawan - kawan atau saudara mara yang hendak beli kain kain ini. Sebut saja kain apa yang dimahukan, In Sha Allah ada! Prada Lace, Chiffon, Cotton, Jeans, Silk dan macam - macam lagi. Tetapi Tomok syorkan tidak payah beli kain sini, lepas ini Tomok akan bawa kami ke kilang kain.
 |
Sambil menunggu... |
Dalam perjalanan menuju ke kilang kain di Binh Tan, Kho Bac Nha Nuoc Quan. Terus terang, rambang mata tengok semua kain - kain yang dijual disini. Harga 1 pasang (2 meter) kain lace RM 60, Prada Lace pula RM 50. Kain cara melayu, kain lycra, silk, chiffon, lining, sequin dan telkung pun turut dijual di sini dan ada tailoring juga! 1 hari boleh siap, boleh hantar terus ke lobby hotel tempat kita menginap, tapi disarankan untuk bawa contoh baju.
 |
Kain Lace! |
 |
Kain Cotton |
 |
Lebih banyk pilihan warna dan material kain |
 |
Vietnamese Silk |
 |
Prada Lace |
 |
Berjuta - juta melayang.. |
 |
Menunggu giliran untuk membayar, 1 keluarga 2 bakul kain. |
 |
Yang ini untuk mama dan adik saya, cantik! |
Selepas dari kilang kain, kami pun terus beredar dari situ. Singgah sebentar di Diamond Plaza. Disini barang yang jual cuma barang yang berjenama sahaja.. Masa yang diberikan hanya 30 minit kerana kesuntukan masa. Ada yang sudah lapar.. Jadi, kami pun tidak melepaskan peluang untuk melihat isi kedai itu. Apabila masuk, terus saya teringat kembali 1 kedai yang kurang lebih sama macam kedaiini iaitu Sogo Mall di Kuala Lumpur. Kami sempat belikan ayah mertua saya sandal Dr. Martens. 3 Juta Dong.
Kami kembali ke hotel, dan terus pergi untk makan tengahari. Tengah2 hari ini sedap pula minum air kelapa.. Itu dia, suami saya tengah mengangkat penimbangan ke bilik hotel kami yang ada disediakan di lobby hotel untuk memudahkan kami menimbang berat beg luggage kami.
Hehehe, shopping lagi! Kedai kasut ni tidak jauh dari hotel kami. Di belakang bangunan Pasar Benh Tanh. Sebenarnya, saya tidak berhajat untuk membeli kasut ini, tetapi akhirnya terbeli lah pula! Harga Brunei BND $30 lebih.
 |
Kedai Bunga Plastik di Pasar Benh Tanh |
HARI KETIGA - SAIGON SQUARE, TAKA PLAZA & DAIMA 'S COLLECTION
Hari ketiga ni pula, kami membeli belah tidak jauh dari hotel. Tidak perlu naik bas / teksi, berjalan kaki saja. Planing hari ketiga ini, kami pergi ke Saigon square & Taka Plaza yang menjual seperti pakaian baju T, seluar jeans, gelang, rantai, cincin, wallet, bermacam jenis beg dan lain - lain & Daima 's collection pula menjual jubah, baju kurung, dan tudong. Mengambil masa dalam 15 minit saja perjalanan dari hotel.
 |
Sarapan MeeHoon goreng, Telur dadar & Roti canai. |
 |
Uncle Yusof dan keluarga pun turut bersarapan dengan kami. |
 |
Memulakan perjalanan |
 |
Saigon Square |
 |
Jaket Camel Active |
 |
Kalau berkenan, boleh datang di alamat yang tertera diatas |
 |
Daima 's Collection |
 |
Jubah Lycra RM 60
|
Jujur saya katakan, 3 malam kami berada di Vietnam ini, 3 malam berturut - turut kami beli & makan durian. Isinya yang sangat tebal dan begitu manis. Memang tidak menyesal dan tidak rugi beli durian di sana! Bukan itu saja, air kelapa muda yang sedap di minum sejuk - sejuk dan nasi pulut kukus yang pada malam terakhir kami disana, saya tercium bau kukusan nasi pulut yang ditiup angin pada malam itu. Tidak tahan dengan bau, tidak lepaskan peluang untuk membeli.
 |
Durian yang saya sebutkan diatas tadi. |
 |
Nasi pulut yang begitu wangi. Bermacam - macam perisa ada. |
Sedih pula rasa hati, sebab esok harinya kami akan pulang ketanah air. Suami saya ambil gambar dengan pelayan restoran kampung melayu yang 2 hari 3 malam, makan pagi, tengahari dan malam kami 'dine - in' disana.
HARI KEEMPAT - TIMBANG BERAT LUGGAGE & CHECK OUT
Hari ini hari terakhir kami berada di Vietnam ini.. Memang tidak ada apa - apa rancangan, rancangan bebas saja. Saya dan suami saya memang suka bab - bab makan ini, kami makan pagi dan tengah hari di berlainan tempat, iaitu Nabil Biryani House Restaurant. saudara saya di Brunei sebelum ini ada pergi ke Vietnam juga, dia syorkan kepada saya untuk mencuba hidangan Claypot Rice seafood, awalnya saya ragu - ragu takut tidak kenyang kerana kelihatan begitu sedikit, tetapi alhamdulillah kenyang juga dan setentunya tip top memang berbaloi dan sedap! Suami saya pula makan nasi Biryani Kari Ayam, feveret suami saya tuuu!
 |
Claypot Rice Seafood |
 |
Nasi Biryani Ayam |
Kami terpaksa balik ke hotel untuk timbang berat beg sekali lagi dan dihotel ini ada menyediakan khidmat 'wrapping' untuk bag - bag. Kemas dan teliti.. Saya betul - betul terpegun melihat kerja yang dibuat dengan ikhlas.. Oh ya, untuk pengetahuan pemakaian internet atau wifi disini memang puas hati. Bukan di hotel saja, malah di setiap buah restauran terdapat internet dan wifi..
 |
Keluar masuk dari hotel, uncle berdua inilah yang rajin bukakan pintu untuk kami.. |
Okey, makan lagi! Kali ini suami saya ajak sepupu paling muda, Alai malik. Kali ini, di The Daun Restaurant, Makan tengah hari sebelum beredar ke airport.
 |
Alai Malik suka minum teh hijau yang dihidangkan secara percuma |
 |
Air kelapa muda segar & sejuk
Lepas ini, saya akan merindui kota ini.. Pengalaman yang bermakna buatku.. In Sha allah, murah rezeki kami akan datang lagi.
|
 |
Alai Jirah bersama dengan beg - beg kami :) |
 |
Ready to take off.. See you again VietNam. |